Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kelab Pemilik Kereta Mini Terengganu (TMOC) mempelawa semua ahli dan pemilik kereta mini seluruh negeri Terengganu untuk menyertai Program Perkelahan pada 15/10/2010 (Jumaat) yang bertempat di Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.Dengan adanya program seperti ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli-ahli TMOC amnya dan pemilik kereta mini khususnya...
Berikut adalah tentatif program;
8.00pg - Berkumpul di SBI simpang 4 Paloh
8.30pg - Berkonvoi/ bergerak ke Sekayu
9.00pg - Sampai ke destinasi/lokasi
10.00pg - Minum pagi
12.00tgh - Bersiap sedia ke masjid untuk solat jumaat (lelaki)
2.00ptg - Makan tengah hari
2.30ptg - Mandi manda
4.00ptg - Bertolak pulang
Untuk makluman semua peserta, makan dan minum hendaklah dibawa dari rumah masing-masing dan akan dihidangkan di lokasi perkelahan. Diharap program yang dirancang ini mendapat sambutan dan kerjasama tuan/puan sekelian..
Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi presiden TMOC, Cikgu Shukri (019 9635894)
No comments:
Post a Comment